OOO

Khamis, Mei 28, 2009

Sotong Goreng Berempah

Memang dah pernah buat kari sotong pakai santan..kali ni akak buat yang tak pakai santan...ambil resepi dari majalah saji...tapi akak tokok tambahlah sikit.

Bahan-bahan
  • 4 ekor sotong besar-dipotong bulat
  • 1 1/2 sudu makan kari daging
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji tomato di belah 4
  • garam dan sedikit serbuk kunyit
Bahan tumisan

  • tumis empat sekawan(bunga lawang,cengkih, pelaga dan sebtg kayu manis)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 bawang besar di hiris halus
  • minyak secukupnya
  • sehelai daun pandan-disiat dan di simpul
Cara-cara
  1. Bubuh garam dan serbuk kunyit dan goreng sebentar sotong yang telah dibersihkan.
  2. Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan dan kemudian bahan-bahan kisar
  4. Setelah garing masukkan serbuk cili dan serbuk kari daging. Masukkan sedikit air.
  5. Biarkan sebentar dan kacau dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Bolehlah dihidangkan.
  7. Masukkan tomato, sos tomato dan sotong dan kacau sebati.
  8. Bila kuah agak pekat barulah di padamkan api.

1 ulasan:

  1. alahai..betul2 tak tahan tengok sotong akak..mengancamnyaaaa!!!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...